author love stuffies affies
hello! hana | 13 y.o | malaysian | kpopers
tumblrfacebooktwitter
+ FollowHome


Berlalunya Ramadan, bulan yg mulia...

Saya rasakan bru sahaja smlm mula puasa, hari nie, adalah hri terakhir puasa. Sedihnya.. :(

Ada sesetengah org, seronok krana raya hmpir tiba. Tpi, bgi separuh lgi manusia berasa sedih dgn kepergian bkn yg penuh mulia ini. Hri nie, adalah hri terakhir bgi bln Ramadan yg penuh mulia ini.

Pada awal2 puasa thn ini, saya ambik x kesah ttg bln puasa nie n kdg2 kerap tinggalkan smayang tarawih. Kdg2 niat saya dtg surau itu lain. Ada ntuk bermain dgn geng saya (geng bising surau), ada ntuk wat keje skolah tp still men ngan friends. Kdg2 niat btul. Mmg pliklah jwbnya. Kemudian, bila ada tazkhirah, kdg2 saya dgr, kdg2 wat endah x endah sahaja.

Tpi, ada hikmah disebaliknya. Saya mendpt seorang ahli geng-bising-surau yg bru. Pada mulanya saya ingt dia seorang yg berlagak kerana seorang geng saya iaitu Ika beritahu thn lps yg bdk tersebut bencikan saya. Rupa-rupanya, Ika tersalah berita. Sbenarnya bdk tersebut tkut dgn saya sbb maybe muka saya garang. Dia kata, saya pernah menjelingnya. Mmg pun. Sbb Ika kta dia benci saya so saya jelinglah. Lps saya dpt tau tu slh fhm, saya belasah Ika ckup2. Ika mmg ssh merajuk, ttpi jika dia merajuk pun sng dipujuk.

Antara geng2 saya ialah (geng bising surau)

- Syazalia Sukiman (Syazalia)
-Zulaikha (Ika)
-Aina Aisyah Natasha (Aina - bru pnya-)
-Siti Nuraina (Aina)

Itulah antaranya. Mereka nie mmg dh rpt dgn saya dri darjah 1. Kmi x penah berenggang. Walaupun kmi semua x berjiran, namun persahabatan kami kekal selama beberapa thn tnpa disedari. Sekarang Syazalia berumur 10 thn. Ika dan Aina Aisyah sama dgn saya iaitu 11 thn. Aina 12 thn, setahun muda dripd saya.

Eh, terpesong cerita pulak. Kita teruskan dgn tjk asal.
Tnpa saya atau sesiapa sedari, bln Ramadan yg penuh barakah hnyalah tinggal sehari lgi iaitu hri nie. Smlm, saya ke surau buat kali terakhir ntuk tarawih. Saya dtg agk lewat kerana sepupu saya dtg ke rumah. Ketika saya sampai, smayang tarawih sdh dimulakan. ttpi bru sahajalah. Kemudian saya ikut smayang.

Ketika smayang witir yg terakhir, ustz membaca doa qunut. Doanya sungguh panjang. Ada beberapa kali ustz tersedu-sedu menangis. Betapa ustz sgt sedih bln ramadan bakal berakhir. Ketika ayat terakhir, ustz tidk dpt mengawal perasaan sedihnya. Saya amat terharu lalu saya jga menangis ketika saya sdg bersolat itu. Ada jga yg menangis.

Ketika smayang sdh hbis dan sdg berzikir, saya mengesat air mata saya walaupun air mata saya ttp jtuh. Tetapi Ika berkata, "Nani, jgn lap. Nnti air mata tu Allah akan ambik dan simpankannya ntuk akhirat nnti," Saya amat terharu dgn Ika. Walaupun dia x menangis, namun mukanya terukir perasaan sedih.

Kemudian, saya, Ika, Syazalia, Aina Aisyah, Aina dan Suhaila bermain-main di luar buat kali terakhirnya ntuk bulan ramadan.

Itulah antara pengalaman saya di bln Ramadan ntuk thn ini. Entah mengapa, thn ini saya lbih menghadap ke arah seorang bdk perempuan yg matang. Itulah azam saya!

Selamat Menyambut Hari Raya AidiLfitri esok ya!!
a


Thursday, September 9, 2010 (8:42 AM)

OLD | NEW