author love stuffies affies
hello! hana | 13 y.o | malaysian | kpopers
tumblrfacebooktwitter
+ FollowHome


Hidup Seorang Budak...

Suasana di Sekolah Kebangsaan Tasek Apong hiruk-pikuk dengan suara kanak2. Pada hari pertama sekolah, darjah satu akn mendaftar sebagai murid thn 1. Lisa mendaftarkan dirinya sebagai murid 5 Anggerik di sekolah itu. Dia berpindah dari Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka kerana urusan pekerjaan ayahnya. Sekolah tersebut terasa asing baginya.

Jam menunjukkan tepat pukul 7.30. Loceng sekolah berbunyi menandakan perhimpunan pagi akan dimulakan. Lisa segera turun ke bawah.

"Selamat datang kepada murid-murid baru terutamanya kepada pelajar tahun satu."
Guru yang bertugas minggu tersebut memberikan ucapan yang panjang lebar.

Lisa duduk di tempatnya. Dia termenung sendirian. Dia teringatkan kawan-kawan lamanya.

"Farah, Hannah.." Lisa menyebut nama kawan baiknya. Sungguh dia merindui temannya yang tidak pernah berenggang selama ini. Namun apa yang boleh dilakukan....

"Hai... nama saya Nur Suhana. Panggil sahaja Hana. Siapa nama awak?" Tiba-tiba seorang budak perempuan menegurnya. Budak itu tersenyum manis kepada Lisa.

"Err... nama saya Nur Alisa Hanis, panggil sahaja Lisa." Lisa membalas senyumannya.

Mereka berdua bersalaman. Sambil itu, Lisa melihat suasana kelas tersebut. Sungguh riuh. Maklumlah, teringatkan kawan-kawan. Tapi, kawan barunya ini sungguh istimewa. Dari tadi dia memandang, hanya duduk di tempatnya dan membaca buku.
"Awak dari sekolah mana?" Hana bertanya membuatkan Lisa agak terkejut.


"Saya dari Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka, Selangor dan berpindah ke Kedah kerana urusan kerja ayah saya," ujar Lisa. Hana mengangguk-angguk tanda faham.

Beberapa minit kemudian, guru kelas mereka masuk ke kelas. Mereka berdiri dan memberi salam. Tidak lama kemudian, dia menulis sesuatu di papan hitam.

"Nurul Farhah Yazmin," Lisa menyebut nama guru tersebut. Selepas dia selesai menulis di papan hitam, dia memandang seorang demi seorang anak muridnya yang berada di dalam kelas.

"Saya Nurul Farhah Yazmin, guru kelas kamu tahun ini. Panggil cikgu Farhah sahaja. Okey, sekarang cikgu mahu kamu memperkenalkan diri kamu kepada cikgu. Mula dari kamu, Hana." Hana yang berada di tepi tingkap segera berdiri dan memperkenalkan dirirnya.

"Nama saya Nur Suhana. Panggil sahaja Hana. Terima kasih." Petah sungguh dia bercakap. Sungguh lancar.

Seterusnya giliran Lisa pula memperkenalkan diri. Dia segera bangun dan pusing ke tepi.

"Hai kawan-kawan nama saya Nur Alisa Hanis. Panggil sahaja Lisa. Saya datang dari Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka. Minta tunjuk ajar daripada awak semua ya. Terima kasih." Lisa menunjukkan mimik mukanya yang comel semasa bercakap. Ada yang tersenyum. Ada yang mengangguk. Maklumlah, kawan baru.

Hampir 10 pelajar baru di kelas itu. Lisa juga sudah mempunyai ramai kawan-kawan yang ramah mesra dengannya. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Lisa berehat dengan Hana, Asyikin, Ameera dan Aqilah.

Selesai makan mereka menunjukkan kawasan sekolah kepada Lisa. Mudah sedikit jika dia mahu ke mana-mana.

"Lisa, saya mahu minta biodata awak, boleh?" Hana menghulurkan sebatang pen dan sebuah buku. Macam-macam soalan yang diajukan dalam buku tersebut. Dia dapat mengecam bahawa Hana itu memang benar-benar ikhlas berkawan dengannya.

"Okey tapi saya pun mahu minta biodata awak," Hana dan Lisa ketawa bersama-sama. Mulanya perlahan, tetapi lama-lama semakin kuat. Seisi kelas hairan dengan keadaan itu. Mereka menyedari hal tersebut kemudian mereka berhenti ketawa.

"Selamat tinggal, Hana." Lisa sempat melambaikan tangannya di dalam keretanya.

"Selamat tinggal. Jumpa esok ya," Hana membalas lambaian Lisa beserta senyuman.

"Huh, bermulalah hidup baruku...." Lisa tersenyum seorang diri..


bersambung...
Thursday, July 22, 2010 (10:17 PM)

OLD | NEW